Kata |
Takrif |
Sumber |
ajar-ajar | sl pertapa, pendeta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertapa | orang yg bertapa, ajar-ajar, resi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur ajar | kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur | 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; berteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pembelajaran perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. pengajaran 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pemelajaran perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berajar | menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1. berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2. berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1. memberi pelajaran kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2. memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pelajaran kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1. pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2. hasil drpd mengajar: ~ gurunya tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pengajaran 1. segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya dll): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2. sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah dll). | Kamus Pelajar |
ajar meranang | sj tumbuhan (pokok renek), guruh peria, Croton caudatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajar | ; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajaran; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para peminat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat kekurangan tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambung | kurang ajar, biadab, nakal; menambungi berlaku kurang ajar kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ajar | 2 adj & adv not in harmony, tdk /seiring, seirama, seharmoni/: to be ~ with the times, tdk seiring dgn zamannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ajar | adv terenggang, renggang, terbuka sedikit: leave the door ~, biarkan pintu itu terenggang; stand ~, terenggang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ajar | 1adj slightly open, terenggang, renggang, terbuka sedikit; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insolent | adj rude, biadab, kurang ajar: he was extremely ~ to the master, dia sangat biadab thdp guru itu; an ~ reply, jawapan yg kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hash | make a ~ of, (colloq), [various translations]: he made a ~ of his life, dia telah menghancurkan hidupnya sendiri; settle sos ~, (colloq) ajar sso: Ill soon settle his ~, nanti saya akan ajar dia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impudent | adj biadab, kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
effrontery | n sikap kurang ajar, keberanian, kelancangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ill-bred | adj biadab, kurang ajar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
effrontery | have the ~ to, begitu /kurang ajar, lancang, berani/ [v]: he had the ~ to demand more money!, begitu berani dia meminta wang lagi!. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insolence | n rudeness, insolent behaviour, perangai /biadab, kurang ajar/ kebiadaban: such ~ must not be encouraged, perangai biadab begitu tdk harus digalakkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
e-coaching | e-jurulatih | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah bimbingan atau tunjuk ajar penguasaan sesuatu kemahiran dalam persekitaran e-pembelajaran. |
value system | sistem nilai | Sains Politik | Politik Perbandingan | Nilai atau budaya dalam masyarakat yang dikongsi bersama menurut suatu sistem yang lahir daripada masyarakat tersebut. Sistem ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang dilihat sebagai suatu standard yang diterima oleh semua anggota masyarakat. Nilai kekeluargaan, perayaan, seni, sosial dan politik semuanya terkandung dalam satu sistem nilai. Terdapat sistem nilai dalam masyarakat yang melarang wanita menjadi pemimpin, tetapi terdapat juga sistem nilai yang membenarkannya. Sistem nilai ini bergantung sepenuhnya kepada latar belakang, sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. Contohnya, mengkritik pemimpin secara berhadapan dianggap kurang ajar dalam nilai masyarakat Melayu atau Malaysia amnya tetapi dianggap normal atau biasa kepada masyarakat Eropah atau Barat. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ajar | ajar [ajar]; mengajar mengajer [majr]; pengajar guru [guru]; pengajaran wa' lajer [wa lajr] | Melanau Dalat | |
ajar | ajaran aja'an. | kedayan | |
ajar | mengajar ngaja; | kedayan | |
ajar | kurang ~ kuang aja; | kedayan | |
ajar | aja; | kedayan | |
ajar | ajaran; nasihat; teguran; petunjuk; arahan: kita mesti ningaka ~ pengajar kamu mesti mendengar ajaran cikgu: penusah nya nyadi ka ~ iya kesusahan itu menjadi pengajarannya. | Iban | |
kakan II | ki tegur, ajar, kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar. | Melanau Mukah | |
kureng ajar | biadab | TETAW | |
ajer | ajar, didik; | Melanau Mukah | |
matah, nelavak | ajar | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
gambung, *gambong* MSr | sombong atau bersifat kurang ajar, bongkak, berlagak. | Dirasakannya juga bahawa Ayu semakin gambung dan perasan. Malah dunia ini adalah dunia Ayu. Dia sudah ada orang yang dipanggilnya bapa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gollom, *golom* Bj Sm | pokok gelam. | Aku ajar mereka cara-cara mengendalikan lipa. Menyumbat kebocoran lipa dengan kulit kayu gollom yang banyak didapati di persisiran pulau-pulau. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb هتخومآ )āmūzesh-e‘ālī( یلاع شزومآ ريبد ،ملعم ،راگزومآ )āmūzgār, mo‘allem, dabīr( )ān, ānhā( اهنآ ،نآ )ānānās( سانانآ )ānjā( اجنآ )ānhā, īshān( ناشيا ،اهنآ )āvāz( زاوآ ambulans datang kemaafan ajar belajar beradab pengajian tinggi guru itu nanas sana, di sana mereka lagu ambulance to come forgiveness to teach to learn cultured higher education teacher that, those pineapple there they song āvardan( ندروآ داي )yād āvarī( ىروآ داي )yādbūd, khāṭere( هرطاخ ،دوبداي )yāddāsht( تشادداي )yādgār( راگداي )yād gereftan( نتفرگ داي )yārī, komak( کمک ،ىراي )yāzdah( هدزاي )yās( ساي oh atau ingatan ajar, didik mengingat semula kenangan, ingatan ingatan, memori catatan memperingati mempelajari, belajar pertolongan, bantuan sebelas bunga melati, bunga melur o, oh or memory to teach to recall, to remind remembrance memory
|
Kamus Thai 2.indb jasa si mati คำศ ั พท ์ [-sap] น kosa kata คำสนทนา [-sontana:] น perbualan คำสรรเสริญ [-sans:n] น puji-pujian คำสั่ง [-sa] น arahan คำสั่งสอน [-sas:n] น tunjuk ajar คำสั ่ งเส ี ย [-sasi :a] น wasiat คำสาบาน [-sa:ba:n] น lafaz sumpah: เขากล ่ าวคำสาบานต ่ อหน ้ าผู ้ พิพากษา Dia mengikrarkan lafaz sumpah
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ajar-ajar | [a.jar.a.jar] | اجر ٢ |
ajar | [a.jar] | اجر |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
ajar , didik | to teach | ياددادن | yād dādan |
ajar | to teach | آموختن [ياددﺍدن] | āmūkhtan [yād dādan] |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajar |
|
Puisi |
---|
|
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik.
Lihat selanjutnya... |
|