Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
function | fungsi | Kesusasteraan | Tiada | Aksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera. |
emphasis of matter (EoM) | penegasan perkara | Audit | Tiada | Jenis pendapat audit bagi perkara signifikan yang dinyatakan dalam satu perenggan penyata kewangan untuk perhatian pihak pengurusan. |
monolithic party | parti monolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh. |
regime | rejim | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan. |
green economy | ekonomi hijau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi. Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semula jadi. Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semula jadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan. |
materiality | kematanan | Audit | Tiada | Konsep asas perakaunan yang memerlukan juruaudit membuat pertimbangan profesional bagi tujuan pelaporan penyata kewangan. Konsep kematanan juga ialah penentu yang signifikan terhadap usaha audit dalam menentukan ketepatan tahap salah nyata boleh terima dalam penyediaan penyata kewangan. Kematanan penting bagi memastikan pendapat yang diberikan adalah benar dan saksama terhadap situasi kewangan entiti tersebut. |
marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |
multibody simulation (MBS) | simulasi multibadan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Teknik pemodelan komputer untuk mensimulasi sistem fizikal seperti kenderaan dan sebagainya. Simulasi multibadan digunakan untuk mensimulasi sesebuah sistem dengan memecahkannya kepada komponen-komponen signifikan (multibadan) untuk membolehkan proses analisis dilakukan. |
multibody simulation (MBS) | simulasi multibadan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Teknik pemodelan komputer untuk mensimulasi sistem fizikal seperti kenderaan dan sebagainya. Simulasi multibadan digunakan untuk mensimulasi sesebuah sistem dengan memecahkannya kepada komponen-komponen signifikan (multibadan) untuk membolehkan proses analisis dilakukan. |
lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep kewiraan seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday. |